Kaedah Darab

SERONOKNYA MENDARAB!!!


Terdapat beberapa kaedah mendarab yang mudah.


Kaedah I 


Contoh : 22 X 8


                            2  2
                 X            8
                            1  6
                 +     1  6    
                        1  7  6




Kaedah II
Tak tahu nak bina jadual sifir? Tak boleh ingat pola sifir? Lagi tak boleh hafal sifir???
Tapi hafal sifir 2? Bolehlah...

Contoh :  39 X 57


Langkah I : Bina jadual. Masukkan 39 di kotak ÷ 2 dan 57 di kotak X 2.
                 
( ÷ 2 )
( X 2 )
39
57














Langkah II : Bahagikan 39 dengan 2 sehinggalah hasil bahagi menjadi 1. Contoh 39 ÷ 2 = 19 baki 1. Tulis 19 saja dan abaikan 1. Manakala, 57 didarab dengan 2 sehingga sampai dengan hasil bahagi 1. Seperti jadual di bawah.


( ÷ 2 )
( X 2 )
39
57
19
114
9
228
4
456
2
912
1
1824
Jumlah
2223

Langkah III : Padamkan atau potong hasil bahagi yang genap kerana ia tidak dikira.


Langkah IV : Jumlahkan semua hasil darab tadi. Itulah jawapan yang kita cari...