Monday 5 December 2011

PENGIRAAN SECARA MENTAL

Pengiraan secara mental boleh digunakan dalam penambahan, penolakan dan pendaraban. Di sini saya menjelaskan pengiraan secara mental dalam pendaraban.

1. Definisi Pengiraan Mental


Pengiraan matematik yang dilakukan :

  • Dengan menggunakan akal fikiran semata-mata,
  • Tanpa bantuan alat tulis dan alat mengira,
  • Tanpa 'terikat' kepada algoritma. 

2. Ciri-ciri pengiraan mental

  • Nombor difahami sebagai suatu perkaitan antara kuantiti, bukannya digit.
  • Pengiraan yang kelihatan serupa boleh diselesaikan dengan menggunakan pelbagai strategi.

3. Apakah kelebihan pengiraan mental

  • Murid dapat memahami perkaitan nombor dengan lebih baik.
  • Murid dapat memahami nilai tempat dengan lebih kukuh.
  • Murid lebih yakin dengan nombor dan sistem nombor.

Pengiraan secara mental dalam pendaraban dapat digunakan ketika mendarab dengan menggunakan jari seperti contoh di bawah.

Setiap jari mewakili nombor yang tertentu.

            


Contoh :  7  X  9  =
       
              


Langkah mengira :
1. Satu jari tertutup sama dengan 10. Jadi 6 jari sama dengan 60.
2. Jari terbuka didarab iaitu  3 X 1 = 3
3. Tambahkan langkah 1 dan 2 iaitu   60 + 3 = 63

Jadi, jawapannya ialah 63.